Produk Minda Online

Pusat Sumber Semakin Berseri

Salam..post kali ini memaparkan beberapa perubahan ketara Pusat Sumber Sekolah kita ini. Jika dulu admin pernah beritahu bahawa pusat sumber sekolah telah berpindah, kini admin ingin memaparkan perubahan yang telah dilakukan. Inilah berkat kerjasama para guru, pelajar dan juga pekerja sekolah. Memang payah nak jumpa kerjasama yang erat sebegini. Inilah sebenarnya keistimewaan SK. Rokan yang payah nak dijumpai dimana-mana. Kami memang sepakat. Namun pujian yang lebih patut diberi kepada orang kuat Pusat Sumber Sekolah, siapa lagi kalau bukan Cikgu Norfadhillah, Cikgu Norhayati, Cikgu Norazlin dan yang lain. Teruskan usaha anda untuk menceriakan lagi pusat sumber sekolah ki...

Kreativiti Murid

Inilah beberapa paparan yang sempat dimasukkan ke blog PSS ni. Ini adalah hasil usaha pelajar Tahun Lima. Mereka mengabungkan dua projek iaitu projek bagi mata pelajaran Sivik dan Seni.tak sangaka bahawa daya kreativiti mereka sungguh luar biasa kerana apabila digabungkan maka wujudlah bandar maya ini. bandar yang serba moden namun masih menyimpan ciri-ciri tradisional. Syabas diucapkan kepada para pelaj...

Kuda Kepang

Penari-penari kuda kepang menggunakan patung kuda dan berlagak seperti menunggang kuda. Mereka menari dalam satu kumpulan. Setiap penari menunggang patung kuda. Tarian ini diiringi muzik.Kuda kepang berasal daripada tarian yang menggunakan kuda sebenar pada suatu masa dahulu. Pada masa itu, pendakwah hendak menyebarkan agama Islam menggunakan kaedah ini. Kumpulan itu menari-nari sambil menunggang kuda untuk menarik perhatian orang kampung. Lama-kelamaan kuda yang sebenar ditukar kepada patung kuda yang dinamakan kuda kepa...

Makyung

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes;...

Makmal Komputer Diceroboh?

Petang tadi..admin sempat ke sekolah kerana aktiviti kokurikulum. Tergerak hati admin untuk ke makmal komputer yang cantik ni...tapi alangkah terkejutnya apabila melihat CPU berselerak. Kesemua CPU ini bukan sahaja berselerak, bahkan juga sudah terkopak. Adakah mereka cuma mengambil "organ-organ" dalaman CPU? Semasa admin meneruskan langkah bagi melihat komputer-komputer yang lain, admin terserempak dengan tiga orang pemuda yang admin tahu bukannya warga sekolah ini. Rupa-rupanya mereka adalah juruteknik yang ditugaskan untuk menaiktaraf kesemua komputer yang terdapat di dalam makmal komputer ini. Diharapkan agar selepas ini tiadalah masalah 'slow' pada komputer yang menyebabkan ramai yang bosan untuk menggunakannya.Inilah Shahrul Nizam...

Anugerah NILAM

Pada tahun ini pihak sekolah dengan kerjasama PSS telah melancarkan satu program NILAM Bahasa Inggeris. Setiap pelajar dikehendaki membaca sekurang-kurangnya 10 buah buku Inggeris setiap bulan. Hal ini salah satu strategi pihak sekolah untuk memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris para pelajar. Diharapkan dengan projek ini maka pihak sekolah dapat melahirkan pelajar yang mampu dan mahir dalam Bahasa InggerisAntara pelajar yang diberikan sijil penghargaan atas pencapaian NILAM i...

Tips Cegah Keracunan Makanan

Kali ini mari kita lihat tips terbaik untuk mencegah daripada keracunan makanan sewaktu ada berada di rumah.1. Basuh tangan setiap kali anda menggunakan tandas atau sebelum dan selepas anda mengendali atau menyediakan makanan.2. Bersihkan alatan memasak menggunakan air panas dan sabun.3. Apabila menyimpan makanan, asingkan makanan mengikut kategori seperti makanan basah, makanan bercengkerang, makanan kering dan sebagainya.4. Masak makanan pada suhu yang betul dan selamat. Biasanya pada suhu 630c hingga 740 c. Ini bertujuan supaya semua organisma yang boleh menjejaskan kesihatan terbunuh.5. Sejukkan makanan yang mudah rosak selama lebih kurang dua jam.6. Mencairbekukan makanan dengan kaedah yang betul. kaedah terbaik dengan menggunakan peti sejuk atau ketuhar mikro.7. Buangkan sahaja makanan...

Teknik Membaca Yang Berkesan

Terdapat enam langkah utama bagi membantu kita lebih memahami dan mengingati apa yang kita baca.P- Preview ( meninjau )Tujuan utama langkah ini adalah untuk meninjau segala soalan, gambar, topik, rajah, isi kandungan, kesimpulan buku yang dibaca supaya mendapat gambaran kasar.Q-Question ( menyoal )Tukarkan semua topik yang telah dibaca menjadi soalan. semasa membaca, tanyalah soalan kepada diri anda sendiri. Cara ini membantu anda mencari isi-isi penting.R-Read ( membaca )Semasa membaca cuba jawab persoalan yang timbul di fikiran anda. Ini turut membantu anda memahami isi penting dengan lebih mendalam.R-Reflect ( membalas )Sewaktu membaca, cuba membalas atau mengaitkan apa yang dibaca dengan topik dan perkara yang telah ada tahu. Teknik ini akan membantu anda untuk lenih memahami dan mengingati...

Rahsia Orang Yahudi Berjaya

Baru-baru ini saya terima email dari seorang sahabat tentang Kaum Yahudi, kaum yang rata-rata semua penduduk di dunia benci (Setuju dengan saya?). Namun bagaimana mereka boleh jadi kaum yang hebat? Sebahagian besar peratusan ekonomi dunia dipegang oleh kaum yang kecil ini. Bagaimana ia boleh terjadi? Ikuti artikel email ini (agak panjang namun kandungannya sangat menarik): Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemansip dibeberapahospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikanuntuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?” . Memang tidakdapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang,Engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan,dimana ia memang paling tersohor. Hampir...

Katak Yang Bijak

Pada suatu masa dahulu, terdapat dua ekor katak yang bijak. mereka tinggal di dalam sebuah kolam. Air kolam ini sangat jernih dan bersih. Mereka sangat gembira tinggal di dalam kolam itu. Mereka juga dapat mencari makanan dengan mudah. Selain dua ekor katak itu, terdapat pelbagai jenis ikan yang tinggal di dalam kolam itu. Namun begitu, mereka tidak pernah diganggu oleh ikan-ikan atau hidupan lain. Mereka hidup di dalam kolam itu dengan gembira. Beberapa tahun kemudian, kemarau panjang melanda tempat itu. Cuaca terlalu panas dan hujan tidak turun selama beberapa bulan. Air kolam itu mula surut dan hampir kering. Semua hidupan di dalam kolam mula risau. Kedua-dua ekor katak itu turut terasa bimbang. "Sahabatku, saya rasa kita tidak selamat lagi tinggal di sini. Air kolam ini sudah hampir...

Pentingkah Tidur?

Tahukah anda 3 perkara berkaitan dengan tidur yang tidak digalakkan untuk anda amalkan.1. Terlebih tidur2. Kurang tidur3. Tidur lewatKanak-kanak 6 hingga 10 tahun memerlukan 10 jam masa tidur dan bagi yang berusia 10 hingga 12 tahun tempoh tidur yang efisien adalah kira-kira 8 atau 9 jam sahaja. Manakala bagi orang dewasa, tidur yang mencukupi adalah antara 7 hingga 8 jam sehari. Namun demikian, kebanyakkan orang yang bijaksana hanya tidur lima jam sehari! Tidur yang cukup meningkatkan keupayaan, mengurangkan tekanan, membaiki kerosakan sel dan membina sel-sel baharu. Meskipun kita tidur, tetapi otak kita akan terus bekerja menyusun semula ingatan dan maklumat baharu. Itulah sebabnya setelah kita bangun tidur, otak kita akan segar dan kita boleh berfikir dengan pantas. Kurang tidur menyebabkan...

Apa sudah jadi ?

Lihatlah keadaan perpustakaan sekolah. Kenapa jadi begini? Kena rompakkah? Hi..hi.hi. Jangan panik. Pada tahun baru ini, guru besar ingin melihat beberapa perubahan. Maklumlah sekolah kami sangat kekurangan bilik-bilik khas. Jadi pihak sekolah telah memindahkan perpustakaan ke rumah guru yang tidak digunakan. Sementara bilik perpustakaan lama ini dijadikan kelas tahun 6.Kelas tahun 6 yang lama dijadikan pula kelas tahun 5 sementara kelas tahun 5 dijadikan kelas tahun 4. Bilik tahun 4 yang lama diwujudkan pula bilik sains.Jadi dengan penjelasan ini maka terungkailah sudah mengapa sebegini keadaan perpustakaan ini.Inilah pula keadaan perpustakaan di tempat yang baru. Kerja-kerja menceriakannya sedang rancak berjala...

Page 1 of 1712345Next
Related Posts with Thumbnails

 
PENAFIAN : Pihak PSS SK Rokan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes