Produk Minda Online
Showing posts with label Kenali Budaya. Show all posts
Showing posts with label Kenali Budaya. Show all posts

Kuda Kepang


Penari-penari kuda kepang menggunakan patung kuda dan berlagak seperti menunggang kuda. Mereka menari dalam satu kumpulan. Setiap penari menunggang patung kuda. Tarian ini diiringi muzik.
Kuda kepang berasal daripada tarian yang menggunakan kuda sebenar pada suatu masa dahulu. Pada masa itu, pendakwah hendak menyebarkan agama Islam menggunakan kaedah ini. Kumpulan itu menari-nari sambil menunggang kuda untuk menarik perhatian orang kampung. Lama-kelamaan kuda yang sebenar ditukar kepada patung kuda yang dinamakan kuda kepang.

Makyung


Salam,

Lamanya blog PSS ni tidak diupdate..mungkin para pembaca dah naik bosan..hi..hi..hi

Baiklah kali ini saya berikan artikel ringkas tentang Makyung..


Makyung adalah sebuah drama tari iaitu drama yang diselangi dengan tarian dan nyanyian. Penari-penari makyung terdiri daripada gadis-gadis. Mereka diketui seorang ketua. Penari-penari ini duduk di sekeliling pentas ketika pakyung melakonkan cerita.

Apabila sampai masa menari dan menyanyi, ketua dan penari-penari itu bangun menari dan menyanyi. Nyanyian dan tarian ini diiringi muzik yang dimainkan oleh sekumpulan orang lelaki.

Tarian dan nyanyian ini diselangi pula dengan lawak jenaka. Lawak jenaka ini dilakonkan oleh dua orang lelaki.



Pencak Silat

Pencak silat ialah seni mempertahankan diri orang Melayu. pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman dahulu handal dalam pencak silat sebagimana Hang Tuah lima bersaudara. Mereka bersilat dengan menggunakan keris. Pada hari ini, seni pencak silat dipelajari bagi mempertahankan diri. Seni silat ini juga dijadikan persembahan terutamanya pada waktu perkahwinan dan perayaan. Silat juga kini menjadi salah satu acara sukan.

Anyaman

Anyaman terdiri daripada anyaman rotan dan mengkuang. Rotan dianyam untuk dibuat bakul dan raga. Anyaman daripada rotan halus dan menarik. Ini menjadikan anyaman rotan terkenal. Anyaman rotan mahal kerana kesukaran mencari rotan. Daun mengkuang pula dianyam menjadi tikar. Tikar mengkuang tidak begitu digunakan lagi kini. Tikar mengkuang kini menjadi hiasan sahaja. Daun mengkuang juga boleh dianyam menjadi beg, kipas dan lain-lain.

Batik

Batik adalah hasil daripada lukisan corak pada kain putih. Kain batik sungguh cantik kerana terdapat pelbagai corak dan berwarna-warni. pada masa dahulu, batik dibuat secara tradisional. Sehelai kain putih akan dilukis dengan corak-corak berupa tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Sejenis pewarna digunakan untuk membuat corak-corak itu. Canting iaitu sejenis alat mewarna digunakan untuk mewarna corak yang dilukis tadi. Selepas itu, kain itu akan dicelup ke dalam air panas. Akhir sekali kain itu dijemur.



Kompang



Kompang ialah rebana kecil. Kompang dibuat daripada kayu dan belulang kambing. Cara membuat kompang adalah sama dengan rebana. Kompang dipalu dengan tangan. Paluan kompang mengiringi nyanyian oleh sebuah kumpulan. Mereka menyerikan upacara perkahwinan dan sebagainya.

Rebana Ubi

Rebana ialah alat muzik yang dipalu. Rebana ubi ialah rebana yang terbesar. Rebana dibuat daripada kulit lembu atau belulang dan kayu. Kayu dibuat badan rebana. Belulang dibuat penutup salah satu permukaan. Belulang ini dilekatkan dengan tegang supaya menghasilkan bunyi yang kuat. Pada kulit inilah dipalu dengan sejenis alat yang dibuat daripada kayu dan getah.

Wayang Kulit



Wayang kulit atau wayang bayang menggunakan patung-patung yang dibuat daripada kulit lembu atau kerbau. Patung-patung ini diukir dengan cantik dan bewarna-warni. patung-patung ini ialah watak-watak dalam cerita yang dimainkan seperti Seri Rama, Seri Dewi, Hanuman Kera Putih dan sebagainya.
Sebuah pentas dibina.Di bahagian hadapan pentas digantung sekeping layar putih. Di belakang layar digantung sebuah lampu yang menghasilkan bayang-bayang. patung-patung ini digerakkan oleh dalang. pergerakan patung-patung ini diiringi kumpulan muzik tradisional.

Wau


Wau atau layang-layang dibuat daripada buluh dan kertas. Pada mulanya buluh dijadikan bilah-bilah yang kecil. Kemudian, bilah-bilah itu diraut menjadi licin. Apabila semuanya sudah siap, rangka wau dibentuk. Kertas minyak ditampal pada rangka itu. Ada dua jenis wau yang utama iaitu wau cantik dan wau naik. wau cantik dihias dengan pelbagai hiasan supaya kelihatan cantik. Wau naik dibuat ringkas supaya ringan untuk dilayangkan di udara.



Related Posts with Thumbnails

 
PENAFIAN : Pihak PSS SK Rokan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes