Produk Minda Online

Aktiviti Mengemas Bilik Bantu Mengajar

Wah,lihatlah! Bersemangatnya para guru mengemas bilik bantu mengajar. Walaupun dalam bulan puasa, namun tidak menjadi masalah bagi para guru untuk mengemas. Lihatlah hasilnya setelah kerja-kerja tersebut selesai. Syabas buat guru-guru yang terlibat.

Lihatlah Cikgu Norhayati, Cikgu Norazlin dan Cikgu Fadhillah yang komited dan seriusnya mereka bekerja.


Inilah hasilnya. Tersusun dan siap dengan labelnya sekali

Kelebihan Solat di sisi Rasulullah SAW


Dari meja Panitia Agama Islam:

Solat adalah lambang pengabdian kita selaku hamba kepada Allah Yang Maha Pencipta. Antara kelebihan dan hikmah di sebalik perintah solat ialah :

1. Solat menghapuskan dosa-dosa kecil yang telah dilakukan oleh seorang hamba Allah.

Imam Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa beliau berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, " Apakah pendapat kalian sekiranya ada sebuah sungai di depan pintu (rumah) salah seorang di antara kalian, lalu ia mandi pada setiap hari lima kali, apkah masih ada kotoran yang tersisa? Para sahabat menjawab, "Tidak ada yang tersisa sedikitpun dari kotorannya. "Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Itulah perumpamaan solat lima waktu, lalu Allah akan menghapuskan dengannya segala dosa (kecil)."

Diriwayatkan pula daripada Sayidina Abu Ayyub al-Ansari r.a. bahawa Baginda RAsulullah SAW bersabda, " Sesungguhnya setiap solat akan menghapuskan dosa yang berada di hadapannya."(Riwayat Imam Ahmad)

2. Solat mengangkat darjat seorang Muslim

Imam Muslim meriwayatkan daripada Muaz bin Abu Tolhah r.a. bahawa beliau berkata, "Saya telah bertemu dengan Tsauban, pelayan Rasulullah SAW. Lalu saya berkata kepadanya, "Beritahulah kepadaku tentang satu amal yang jika saya lakukan, maka Allah akan memasukkanku ke dalam syurga. Tsauban pun terdiam mendengar perkataanku. Kemudian saya bertanya lagi kepadanya dan beliau pun terdiam lagi.Lalu saya bertanya lagi kepadanya buat kali ketiga, Tsauban pun akhirnya menjawab, "Saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hal ini, dan Baginda SAW menjawab, "Kamu harus memperbanyak sujud, ini kerana sesungguhnya tidaklah kamu bersujud kepada Allah dengan sekali sujud, kecuali Allah akan mengangkat untukmu satu darjat dan menghapuskan daripadamu satu dosa."

Diriwayatkan daripada Ubadah bin Somit bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Tidak ada satu hamba pun yang bersujud kepada Allah dengan satu sujud kecuali Allah mencatat baginya satu kebaikan, menghapuskan daripadanya satu kejahatan, dan mengangkat baginya satu darjat, maka perbanyakkanlah bersujud ( kepada Allah)." (Riwayat Ibnu Majah dengan sanad yang sahih)

3. Solat merupakan jaminan untuk membuat penjanjian dengan Allah yang akan melayakkan diri masuk ke syurga.

Diriwayatkan daripada Ubadah bin Somit bahawa beliau berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Ada lima solat yang telah Allah wajibkan kepada hamba-hamba-Nya. Sesiapa yang menunaikannya dan tidak mengabaikannya sedikit pun dengan meremehkan haknya, maka ia telah memiliki perjanjian dengan Allah ( iaitu perjanjian) untuk memasukkannya ke dalam syurga. Dan sesiapa yang tidak menunaikannya, maka ia tidak memiliki perjanjian dengan Allah. Jika Allah menghendaki, maka Dia akan menyeksanya dan jika Allah menhendaki, maka Dia akan memasukkannya ke dalam syurga." (Riwayat Imam Ahmad)

4. Allah dan para malaikat berbangga terhadap orang-orang yang menunaikan solat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat saling bergilir-gilir pada waktu malam dan malaikat-malaikat yang bertugas pada waktu siang. Mereka semua berkumpul pada waktu solat Subuh dan solat Asar. Kemudian naiklah malaikat-malaikat yang telah duduk bersama kalian. Lalu Allah bertanya kepada kalian dan Dia adalah lebih tahu daripada mereka. Allah bertanya, "Bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku ketika kalian tinggalkan? Mereka menjawab, "Ketika kami tinggalkan mereka, mereka sedang melaksanakan solat, dan ketika kami mendatangi mereka, mereka juga sedang melaksanakan solat."(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

5. Dalam solat terjalin hubungan antara seorang hamba dengan Tuhannya sehingga tidak ada tabir pemisah di antara orang yang menunaikan solat dengan Allah.

Diriwayatkan daripada Umamah r.a., bahawa Baginda SAW bersabda, "Sesungguhnyanya jika seorang hamba sedang megerjakan solat, maka syurga-syurga akan dibuka untuknya dan akan tersingkap semua tabir penutup antara dirinya dengan Tuhannya, dan ia akan disambut oleh bidadari yang cantik selama ia tidak mengeluarkan hingus." ( Riwayat Imam al-Tabrani dalam Mu'jam al-Kabir)

6. Solat mendatangkan keampunan, rahmat dan keredhaan Allah bagi orang yang melaksanakannya.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Waktu yang pertama dari solat adalah keredhaan Allah dan waktu yang terakhir adalah keampunan Allah." ( Riwayat Imam Tirmizi)


PSS makin berseri

Baru-baru ini Puan Norfadhillah selaku Guru Penyelaras Media dan PSS telah melakukan satu penambahbaikan terhadap PSS sekolah. Beliau dibantu dengan beberapa orang lagi guru telah bertungkus-lumus untuk menceriakan lagi PSS. Hasilnya dapatlah anda lihat pada gambar-gambar di bawah.

Misi mengekalkan status terdahulu. Adakah tahun ini kami berjaya?




Minggu PSS 2011



PERTANDINGAN MEWARNA

Tahun 3
1. Mohd. Hazrin
2. Puteri Erlynn Natasha
3. Mohd. Mukriz

Tahun 2
1. Muhammad Farhan
2. Aziz
3. Aizat

Tahun 1
1. Adam Dhiya
2. Nur Shadira Ereika
3. Nurshareena

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU

Tahun 6
1. Nurul Nabilah
2. Nurhidayu
3. Ainaa Arina

Tahun 5
1. Mohd. Haris
2. Nor Fathiah
3. Norazalina

Tahun 4
1. Nurul Atikah
2. Nurfaisla
3. Iffah Nazihah

Tahun 3
1. Mohd. Hazrin
2. Aina Amirah
3. Aleya Atasha

Tahun 2
1. Muhammad Farhan
2. Nur Farahain
3. Aziz

Tahun 1
1. Amar Haqimi
2. Nut Athirah
3. Nur Shadira Erika

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA INGGERIS

Tahun 6
1. Nurul Nabilah
2. Muhammad Fakhrullah
3. Aiman Adib

Tahun 5
1. Muhd. Hariz
2. Nor Fathiah
3. Nor Fathiyah

Tahun 4
1. Nurul Atikah
2. Farah Afiqah
3. Iffah Nazihah

Tahun 3
1. Mohd. Najmie
2. Mohd. Hazrin
3. Aina Amirah

Tahun 2
1. Muhammad Farhan
2. Aziz
3. Nur Farahain

Tahun 1
1. Amar Haqimi
2. Aliff Naquiddin
3. Aleeya Faaiqa

PERTANDINGAN KUIZ HARAIAN

Tahap 1 : Nurfarahain ( Tahun 2)
Tahap 2 : Nurfathiah ( Tahun 5 )

PERTANDINGAN MEMBACA TERBANYAK

Tahun 6
1. Nur Syazwani
2. Aina Arina
3. Nurhidayu

Tahun 5
1. Nor Fathiyah
2. Nor Fathiah
3. Mohd. Hariz

Tahun 4
1. Nurul Atikah
2. Siti Nurshahira
3. Saidatulnisha

Tahun 3
1. Aina Amirah
2. Aleya Atasha
3. Nur Atiqah

Tahun 2
1. Nur Farahain
2. Aziz
3. Muhammad Farhan

PERTANDINGAN BUKU SKRAP
1. Amirul Hamzah - Tahun 5
2. Nur Asyura - Tahun 6
3. Puteri Erlynn Natasha - Tahun 3



Inilah wajah para pemenang dan hadiah yang mereka perolehi

Related Posts with Thumbnails

 
PENAFIAN : Pihak PSS SK Rokan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes