Produk Minda Online
Showing posts with label Aktiviti PSS. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti PSS. Show all posts

Aktiviti Mengemas Bilik Bantu Mengajar

Wah,lihatlah! Bersemangatnya para guru mengemas bilik bantu mengajar. Walaupun dalam bulan puasa, namun tidak menjadi masalah bagi para guru untuk mengemas. Lihatlah hasilnya setelah kerja-kerja tersebut selesai. Syabas buat guru-guru yang terlibat.

Lihatlah Cikgu Norhayati, Cikgu Norazlin dan Cikgu Fadhillah yang komited dan seriusnya mereka bekerja.


Inilah hasilnya. Tersusun dan siap dengan labelnya sekali

PSS makin berseri

Baru-baru ini Puan Norfadhillah selaku Guru Penyelaras Media dan PSS telah melakukan satu penambahbaikan terhadap PSS sekolah. Beliau dibantu dengan beberapa orang lagi guru telah bertungkus-lumus untuk menceriakan lagi PSS. Hasilnya dapatlah anda lihat pada gambar-gambar di bawah.

Misi mengekalkan status terdahulu. Adakah tahun ini kami berjaya?




Minggu PSS 2011



PERTANDINGAN MEWARNA

Tahun 3
1. Mohd. Hazrin
2. Puteri Erlynn Natasha
3. Mohd. Mukriz

Tahun 2
1. Muhammad Farhan
2. Aziz
3. Aizat

Tahun 1
1. Adam Dhiya
2. Nur Shadira Ereika
3. Nurshareena

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU

Tahun 6
1. Nurul Nabilah
2. Nurhidayu
3. Ainaa Arina

Tahun 5
1. Mohd. Haris
2. Nor Fathiah
3. Norazalina

Tahun 4
1. Nurul Atikah
2. Nurfaisla
3. Iffah Nazihah

Tahun 3
1. Mohd. Hazrin
2. Aina Amirah
3. Aleya Atasha

Tahun 2
1. Muhammad Farhan
2. Nur Farahain
3. Aziz

Tahun 1
1. Amar Haqimi
2. Nut Athirah
3. Nur Shadira Erika

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA INGGERIS

Tahun 6
1. Nurul Nabilah
2. Muhammad Fakhrullah
3. Aiman Adib

Tahun 5
1. Muhd. Hariz
2. Nor Fathiah
3. Nor Fathiyah

Tahun 4
1. Nurul Atikah
2. Farah Afiqah
3. Iffah Nazihah

Tahun 3
1. Mohd. Najmie
2. Mohd. Hazrin
3. Aina Amirah

Tahun 2
1. Muhammad Farhan
2. Aziz
3. Nur Farahain

Tahun 1
1. Amar Haqimi
2. Aliff Naquiddin
3. Aleeya Faaiqa

PERTANDINGAN KUIZ HARAIAN

Tahap 1 : Nurfarahain ( Tahun 2)
Tahap 2 : Nurfathiah ( Tahun 5 )

PERTANDINGAN MEMBACA TERBANYAK

Tahun 6
1. Nur Syazwani
2. Aina Arina
3. Nurhidayu

Tahun 5
1. Nor Fathiyah
2. Nor Fathiah
3. Mohd. Hariz

Tahun 4
1. Nurul Atikah
2. Siti Nurshahira
3. Saidatulnisha

Tahun 3
1. Aina Amirah
2. Aleya Atasha
3. Nur Atiqah

Tahun 2
1. Nur Farahain
2. Aziz
3. Muhammad Farhan

PERTANDINGAN BUKU SKRAP
1. Amirul Hamzah - Tahun 5
2. Nur Asyura - Tahun 6
3. Puteri Erlynn Natasha - Tahun 3



Inilah wajah para pemenang dan hadiah yang mereka perolehi

Pusat Sumber Semakin Berseri

Salam..post kali ini memaparkan beberapa perubahan ketara Pusat Sumber Sekolah kita ini. Jika dulu admin pernah beritahu bahawa pusat sumber sekolah telah berpindah, kini admin ingin memaparkan perubahan yang telah dilakukan. Inilah berkat kerjasama para guru, pelajar dan juga pekerja sekolah. Memang payah nak jumpa kerjasama yang erat sebegini. Inilah sebenarnya keistimewaan SK. Rokan yang payah nak dijumpai dimana-mana. Kami memang sepakat. Namun pujian yang lebih patut diberi kepada orang kuat Pusat Sumber Sekolah, siapa lagi kalau bukan Cikgu Norfadhillah, Cikgu Norhayati, Cikgu Norazlin dan yang lain. Teruskan usaha anda untuk menceriakan lagi pusat sumber sekolah kita.










Apa sudah jadi ?

Lihatlah keadaan perpustakaan sekolah. Kenapa jadi begini? Kena rompakkah? Hi..hi.hi. Jangan panik. Pada tahun baru ini, guru besar ingin melihat beberapa perubahan. Maklumlah sekolah kami sangat kekurangan bilik-bilik khas. Jadi pihak sekolah telah memindahkan perpustakaan ke rumah guru yang tidak digunakan. Sementara bilik perpustakaan lama ini dijadikan kelas tahun 6.Kelas tahun 6 yang lama dijadikan pula kelas tahun 5 sementara kelas tahun 5 dijadikan kelas tahun 4. Bilik tahun 4 yang lama diwujudkan pula bilik sains.Jadi dengan penjelasan ini maka terungkailah sudah mengapa sebegini keadaan perpustakaan ini.




Inilah pula keadaan perpustakaan di tempat yang baru. Kerja-kerja menceriakannya sedang rancak berjalan..

Blog PSS SK Rokan diiktiraf...

Pada 25 November yang lalu Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan Darul Khusus telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN bagi tahun 2009. Dalam majlis ini Blog PSS SK Rokan ini mendapat tempat kedua bagi anugerah blog pss. Tidak sangka juga kerana blog ini dibina hanya setakat suka-suka sahaja, namun itulah rezeki namanya. Lihatlah foto-foto sekitar majlis ini berlangsung.



Admin Blog PSS sedang menerima cenderahati.


Inilah cenderahatinya..

Kempen Galakan Membaca

Sepanjang dua minggu terakhir ini satu kempen membaca telah dijalankan di sekolah. Kempen ini dilakukan pada waktu pagi dari jam 7.40 hingga 8.10 pagi di tapak perhimpunan kedua sekolah ini. Kempen membaca ini dilakukan setiap hari mengikut mata pelajaran.Contohnya Isnin untuk Bahasa Melayu, Selasa untuk Bahasa Inggeris, Rabu untuk Matematik, Khamis untuk Sains dan Jumaat untuk Pendidikan Islam.




Kelihatan Tn. Haji Razali bin Lajis, Guru Cemerlang Agama Islam, memantau bacaan Al Quran yang dibacakan oleh Adik Nurhakim.



Murid-murid lain turut membaca



Cikgu Romiyah pun tidak ketinggalan membaca dengan begitu gembira sekali




Inilah aksi yang sempat dirakamkan. Semoga apa yang dibaca bercambah menjadi ilmu yang berguna kepada para pelajar. Teruskan amalan ini kerana banyak faedahnya.

Majlis Penyampaian Hadiah

Pada 5 Oktober yang lalu satu majlis penyampaian hadiah yang serba ringkas telah diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang telah memasuki beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak pss sekolah. Apa yang lebih mengujakan apabila aktiviti ini merupakan aktiviti yang julung kalinya disertai oleh Tuan Guru Besar yang baharu kami iaitu Tn. Haji Norizan bin Pilus yang menggantikan Guru Besar terdahulu iaitu En. Mohd. Razali bin Buang. Antara hadiah yang disampaikan adalah hadiah bagi pertandingan melukis dan mewarnakan poster, buku skrap dan juga peminjam terbanyak. Diharapkan agar aktiviti yang dilakukan oleh pihak pss ini mampu menarik minat lebih ramai pelajar supaya turut melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang bukan sahaja dianjurkan oleh pihak pss tetapi oleh pihak sekolah sendiri...

Kelihatan Tn. Haji Norizan yang segak bergaya ini telah bersedia untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang yang diumumkan oleh GPM kita Pn. Norfadhillah







Pertandingan Mewarna

Baru-baru ni PSS SK Rokan telah mengadakan aktiviti mewarna bagi kempen membaca. Pertandingan mewarna ini terbahagi kepada dua kategori iaitu bagi Tahap 1 dan Tahap 2. Inilah foto-foto yang sempat dirakamkan untuk tatapan anda.







Pakai topeng muka lagi..Si Hafizi nii...




Aksi pelajar Tahap 1

Inilah hasil mereka..cantikkan!!!!







Related Posts with Thumbnails

 
PENAFIAN : Pihak PSS SK Rokan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes