Terdapat enam langkah utama bagi membantu kita lebih memahami dan mengingati apa yang kita baca.
P- Preview ( meninjau )
Tujuan utama langkah ini adalah untuk meninjau segala soalan, gambar, topik, rajah, isi kandungan, kesimpulan buku yang dibaca supaya mendapat gambaran kasar.
Q-Question ( menyoal )
Tukarkan semua topik yang telah dibaca menjadi soalan. semasa membaca, tanyalah soalan kepada diri anda sendiri. Cara ini membantu anda mencari isi-isi penting.
R-Read ( membaca )
Semasa membaca cuba jawab persoalan yang timbul di fikiran anda. Ini turut membantu anda memahami isi penting dengan lebih mendalam.
R-Reflect ( membalas )
Sewaktu membaca, cuba membalas atau mengaitkan apa yang dibaca dengan topik dan perkara yang telah ada tahu. Teknik ini akan membantu anda untuk lenih memahami dan mengingati bahan yang dibaca.
R-Recite ( mengingat semula )
Selepas anda membaca satu bahagian dan catatkan kata kunci untuk menjawab soalan tadi, sebutkan semula apa yang diingat. Kemudian lihat sama ada betul atau salah.
R-Review ( mengkaji semula )
Ulang kaji mengikut jadual yang telah ditetapkan untuk membantu mengukuhkan ingatan anda.
Jika anda amalkan kaedah ini pastinya anda mampu mengingati banyak perkara yang telah anda baca. Selamat Membaca.
0 comments:
Post a Comment