Produk Minda Online

Pentingkah Tidur?

Tahukah anda 3 perkara berkaitan dengan tidur yang tidak digalakkan untuk anda amalkan.

1. Terlebih tidur
2. Kurang tidur
3. Tidur lewat

Kanak-kanak 6 hingga 10 tahun memerlukan 10 jam masa tidur dan bagi yang berusia 10 hingga 12 tahun tempoh tidur yang efisien adalah kira-kira 8 atau 9 jam sahaja. Manakala bagi orang dewasa, tidur yang mencukupi adalah antara 7 hingga 8 jam sehari. Namun demikian, kebanyakkan orang yang bijaksana hanya tidur lima jam sehari!
Tidur yang cukup meningkatkan keupayaan, mengurangkan tekanan, membaiki kerosakan sel dan membina sel-sel baharu. Meskipun kita tidur, tetapi otak kita akan terus bekerja menyusun semula ingatan dan maklumat baharu. Itulah sebabnya setelah kita bangun tidur, otak kita akan segar dan kita boleh berfikir dengan pantas.
Kurang tidur menyebabkan kepala terasa berat, tidak segar, mengantuk, prestasi menurun, mudah tersinggung, kurang tumpuan, dan kurang cergas. Otak juga akan lembab dan sukar memahami apa yang diajar dan tidak mampu memberi tumpuan sewaktu belajar.
Jadi kesimpulannya, tidur amat penting bagi kita. Namun biarlah masa tidur tersebut bersesuaian.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

 
PENAFIAN : Pihak PSS SK Rokan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes