Pada suatu masa dahulu, terdapat dua ekor katak yang bijak. mereka tinggal di dalam sebuah kolam. Air kolam ini sangat jernih dan bersih. Mereka sangat gembira tinggal di dalam kolam itu. Mereka juga dapat mencari makanan dengan mudah. Selain dua ekor katak itu, terdapat pelbagai jenis ikan yang tinggal di dalam kolam itu. Namun begitu, mereka tidak pernah diganggu oleh ikan-ikan atau hidupan lain. Mereka hidup di dalam kolam itu dengan gembira. Beberapa tahun kemudian, kemarau panjang melanda tempat itu. Cuaca terlalu panas dan hujan tidak turun selama beberapa bulan. Air kolam itu mula surut dan hampir kering. Semua hidupan di dalam kolam mula risau. Kedua-dua ekor katak itu turut terasa bimbang. "Sahabatku, saya rasa kita tidak selamat lagi tinggal di sini. Air kolam ini sudah hampir...