Produk Minda Online

Blog PSS SK Rokan diiktiraf...

Pada 25 November yang lalu Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan Darul Khusus telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN bagi tahun 2009. Dalam majlis ini Blog PSS SK Rokan ini mendapat tempat kedua bagi anugerah blog pss. Tidak sangka juga kerana blog ini dibina hanya setakat suka-suka sahaja, namun itulah rezeki namanya. Lihatlah foto-foto sekitar majlis ini berlangsung.Admin Blog PSS sedang menerima cenderahati.Inilah cenderahatiny...

Kempen Galakan Membaca

Sepanjang dua minggu terakhir ini satu kempen membaca telah dijalankan di sekolah. Kempen ini dilakukan pada waktu pagi dari jam 7.40 hingga 8.10 pagi di tapak perhimpunan kedua sekolah ini. Kempen membaca ini dilakukan setiap hari mengikut mata pelajaran.Contohnya Isnin untuk Bahasa Melayu, Selasa untuk Bahasa Inggeris, Rabu untuk Matematik, Khamis untuk Sains dan Jumaat untuk Pendidikan Islam.Kelihatan Tn. Haji Razali bin Lajis, Guru Cemerlang Agama Islam, memantau bacaan Al Quran yang dibacakan oleh Adik Nurhakim.Murid-murid lain turut membacaCikgu Romiyah pun tidak ketinggalan membaca dengan begitu gembira sekaliInilah aksi yang sempat dirakamkan. Semoga apa yang dibaca bercambah menjadi ilmu yang berguna kepada para pelajar. Teruskan amalan...

Pencak Silat

Pencak silat ialah seni mempertahankan diri orang Melayu. pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman dahulu handal dalam pencak silat sebagimana Hang Tuah lima bersaudara. Mereka bersilat dengan menggunakan keris. Pada hari ini, seni pencak silat dipelajari bagi mempertahankan diri. Seni silat ini juga dijadikan persembahan terutamanya pada waktu perkahwinan dan perayaan. Silat juga kini menjadi salah satu acara suk...

Anyaman

Anyaman terdiri daripada anyaman rotan dan mengkuang. Rotan dianyam untuk dibuat bakul dan raga. Anyaman daripada rotan halus dan menarik. Ini menjadikan anyaman rotan terkenal. Anyaman rotan mahal kerana kesukaran mencari rotan. Daun mengkuang pula dianyam menjadi tikar. Tikar mengkuang tidak begitu digunakan lagi kini. Tikar mengkuang kini menjadi hiasan sahaja. Daun mengkuang juga boleh dianyam menjadi beg, kipas dan lain-la...

Batik

Batik adalah hasil daripada lukisan corak pada kain putih. Kain batik sungguh cantik kerana terdapat pelbagai corak dan berwarna-warni. pada masa dahulu, batik dibuat secara tradisional. Sehelai kain putih akan dilukis dengan corak-corak berupa tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Sejenis pewarna digunakan untuk membuat corak-corak itu. Canting iaitu sejenis alat mewarna digunakan untuk mewarna corak yang dilukis tadi. Selepas itu, kain itu akan dicelup ke dalam air panas. Akhir sekali kain itu dijem...

Kompang

Kompang ialah rebana kecil. Kompang dibuat daripada kayu dan belulang kambing. Cara membuat kompang adalah sama dengan rebana. Kompang dipalu dengan tangan. Paluan kompang mengiringi nyanyian oleh sebuah kumpulan. Mereka menyerikan upacara perkahwinan dan sebagain...

Rebana Ubi

Rebana ialah alat muzik yang dipalu. Rebana ubi ialah rebana yang terbesar. Rebana dibuat daripada kulit lembu atau belulang dan kayu. Kayu dibuat badan rebana. Belulang dibuat penutup salah satu permukaan. Belulang ini dilekatkan dengan tegang supaya menghasilkan bunyi yang kuat. Pada kulit inilah dipalu dengan sejenis alat yang dibuat daripada kayu dan get...

The Greedy Dog

One day, a dog stole a big piece of meat and proud of his own courage, ran off with it held tightly in his jaws. He reached the bank of the river where he looked down and spied another dog with a piece of meat in its mouth, every bit as big as his own. He did not realise that it was merely his own reflection in the water. Feeling full of himself already, he threw himself on the other dog to steal his meat as well. Unfortunately, when he found himself in the water, he had to let go of his own piece of meat to avoid drowning, and so was left with nothi...

Lembu Jantan dan Kutu

Di sebuah ladang, tinggal seekor lembu jantan. Lembu jantan ini sangat rajin bekerja dan membantu tuannya. Tuan ladang itu amat sayang akan lembu jantanya. Setiap hari lembu jantan itu diberi makanan yang enak dan rumput yang segar. Lembu jantan itu juga dijaga dengan baik oleh tuannya. Di dalam kandang itu juga terdapat seekor kutu yang jahat. Kutu itu suka menghisap darah lembu jantan. Kutu itu juga suka mengutuk lembu jantan itu dan memburuk-burukkan tuan ladang itu. Pada suatu hari, kutu itu hinggap pada badan lembu jantan. Ia merayap di kepala lembu jantan itu. Sambil ia menghisap darah lembu jantan itu, ia mengutuk lembu jantan itu dan tuan ladang itu. "Kamu memang bodoh. Setiap hari kamu bekerja keras tetapi tuan kamu tidak menjaga kamu dengan baik. Dia memberi kamu makan supaya...

Wayang Kulit

Wayang kulit atau wayang bayang menggunakan patung-patung yang dibuat daripada kulit lembu atau kerbau. Patung-patung ini diukir dengan cantik dan bewarna-warni. patung-patung ini ialah watak-watak dalam cerita yang dimainkan seperti Seri Rama, Seri Dewi, Hanuman Kera Putih dan sebagainya.Sebuah pentas dibina.Di bahagian hadapan pentas digantung sekeping layar putih. Di belakang layar digantung sebuah lampu yang menghasilkan bayang-bayang. patung-patung ini digerakkan oleh dalang. pergerakan patung-patung ini diiringi kumpulan muzik tradision...

Wau

Wau atau layang-layang dibuat daripada buluh dan kertas. Pada mulanya buluh dijadikan bilah-bilah yang kecil. Kemudian, bilah-bilah itu diraut menjadi licin. Apabila semuanya sudah siap, rangka wau dibentuk. Kertas minyak ditampal pada rangka itu. Ada dua jenis wau yang utama iaitu wau cantik dan wau naik. wau cantik dihias dengan pelbagai hiasan supaya kelihatan cantik. Wau naik dibuat ringkas supaya ringan untuk dilayangkan di uda...

Majlis Penyampaian Hadiah

Pada 5 Oktober yang lalu satu majlis penyampaian hadiah yang serba ringkas telah diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang telah memasuki beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak pss sekolah. Apa yang lebih mengujakan apabila aktiviti ini merupakan aktiviti yang julung kalinya disertai oleh Tuan Guru Besar yang baharu kami iaitu Tn. Haji Norizan bin Pilus yang menggantikan Guru Besar terdahulu iaitu En. Mohd. Razali bin Buang. Antara hadiah yang disampaikan adalah hadiah bagi pertandingan melukis dan mewarnakan poster, buku skrap dan juga peminjam terbanyak. Diharapkan agar aktiviti yang dilakukan oleh pihak pss ini mampu menarik minat lebih ramai pelajar supaya...

Helang dan Musang

Pada suatu masa dahulu, helang dan musang bersahabat baik. Mereka hidup gembira dan saling membantu. musang tinggal di dalam belukar, manakala helang pula membuat sarang di atas sepohon pokok di tepi belukar itu. Pada suatu hari, musang dan helang keluar mencari makan. Ketika musang berada jauh dari rumahnya, helang pun pergi ke tempat anak musang yang sedang tidur. Ia menyambar anak musang lalu dibawa ke sarangnya. Helang pun memberi anak-anaknya makan ank musang itu. Tidak berapa lama kemudian, musang pun pulang. Musang berasa hairan kerana helang tidak berada di sarangnya. Musang juga hairan kerana anaknya telah tiada. Barulah musang faham bahawa anaknya telahy dimakan oleh helang. Musang berasa sungguh kecewa dengan sikap sahabatnya, helang. Musang berasa sungguh marah kerana helang...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum, Kami seluruh warga PSS SK Rokan, mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca blog ini. Di sini kami mengambil kesempatan untuk memohon ampun maaf atas segala salah silap kami selama ini. Marilah kita sama-sama saling bermaafan. Semoga dengan kemenangan mengharungi Ramadan dapat kita terjemahkan dalam kehidupan seharian kita. Berhati-hati sewaktu beraya..........

Pertandingan Mewarna

Baru-baru ni PSS SK Rokan telah mengadakan aktiviti mewarna bagi kempen membaca. Pertandingan mewarna ini terbahagi kepada dua kategori iaitu bagi Tahap 1 dan Tahap 2. Inilah foto-foto yang sempat dirakamkan untuk tatapan anda.Pakai topeng muka lagi..Si Hafizi nii...Aksi pelajar Tahap 1Inilah hasil mereka..cantikkan!...

Page 1 of 1712345Next
Related Posts with Thumbnails

 
PENAFIAN : Pihak PSS SK Rokan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes