Produk Minda Online

Aktiviti Mengemas Bilik Bantu Mengajar

Wah,lihatlah! Bersemangatnya para guru mengemas bilik bantu mengajar. Walaupun dalam bulan puasa, namun tidak menjadi masalah bagi para guru untuk mengemas. Lihatlah hasilnya setelah kerja-kerja tersebut selesai. Syabas buat guru-guru yang terlibat. Lihatlah Cikgu Norhayati, Cikgu Norazlin dan Cikgu Fadhillah yang komited dan seriusnya mereka bekerja. Inilah hasilnya. Tersusun dan siap dengan labelnya sek...

Kelebihan Solat di sisi Rasulullah SAW

Dari meja Panitia Agama Islam: Solat adalah lambang pengabdian kita selaku hamba kepada Allah Yang Maha Pencipta. Antara kelebihan dan hikmah di sebalik perintah solat ialah : 1. Solat menghapuskan dosa-dosa kecil yang telah dilakukan oleh seorang hamba Allah. Imam Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa beliau berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, " Apakah pendapat kalian sekiranya ada sebuah sungai di depan pintu (rumah) salah seorang di antara kalian, lalu ia mandi pada setiap hari lima kali, apkah masih ada kotoran yang tersisa? Para sahabat menjawab, "Tidak ada yang tersisa sedikitpun dari kotorannya. "Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Itulah perumpamaan solat lima waktu, lalu Allah akan menghapuskan...

PSS makin berseri

Baru-baru ini Puan Norfadhillah selaku Guru Penyelaras Media dan PSS telah melakukan satu penambahbaikan terhadap PSS sekolah. Beliau dibantu dengan beberapa orang lagi guru telah bertungkus-lumus untuk menceriakan lagi PSS. Hasilnya dapatlah anda lihat pada gambar-gambar di bawah. Misi mengekalkan status terdahulu. Adakah tahun ini kami berjaya? ...

Minggu PSS 2011

Pada 8 hingga 22 Julai yang lalu, Pusat Sumber Sekolah ( PSS ), telah menganjurkan minggu PSS. Acara tahunan ini seperti biasa mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya adalah pertandingan mewarna, pertandingan bercerita Bahasa Melayu, pertandingan bercerita Bahasa Inggeris, pertandingan harian Tahap 1 dan Tahap 2, pertandingan membaca terbanyak dan juga pertandingan buku skrap. Berikut adalah nama para pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan. PERTANDINGAN MEWARNA Tahun 31. Mohd. Hazrin 2. Puteri Erlynn Natasha3. Mohd. Mukriz Tahun 21. Muhammad Farhan2. Aziz3. Aizat Tahun 11. Adam Dhiya2. Nur Shadira Ereika3. Nurshareena PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU Tahun...

Page 1 of 1712345Next
Related Posts with Thumbnails

 
PENAFIAN : Pihak PSS SK Rokan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes