Produk Minda Online

Apa sudah jadi ?

Lihatlah keadaan perpustakaan sekolah. Kenapa jadi begini? Kena rompakkah? Hi..hi.hi. Jangan panik. Pada tahun baru ini, guru besar ingin melihat beberapa perubahan. Maklumlah sekolah kami sangat kekurangan bilik-bilik khas. Jadi pihak sekolah telah memindahkan perpustakaan ke rumah guru yang tidak digunakan. Sementara bilik perpustakaan lama ini dijadikan kelas tahun 6.Kelas tahun 6 yang lama dijadikan pula kelas tahun 5 sementara kelas tahun 5 dijadikan kelas tahun 4. Bilik tahun 4 yang lama diwujudkan pula bilik sains.Jadi dengan penjelasan ini maka terungkailah sudah mengapa sebegini keadaan perpustakaan ini.




Inilah pula keadaan perpustakaan di tempat yang baru. Kerja-kerja menceriakannya sedang rancak berjalan..

Related Posts with Thumbnails

 
PENAFIAN : Pihak PSS SK Rokan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes