Di dalam sebuah kolam, terdapat seekor katak yang sombong. Katak itu tinggal bersama rakan-rakannya. Ia merasakan dirinya lebih pandai dan bagus daripada rakan-rakannya. Setiap hari, katak yang sombong itu akan menceritakan akan kehebatan dirinya. Katak yang sombong in i juga tidak mahu rakan-rakannya lebih pandai daripadanya. Jika rakannya pandai berenang dan melompat, ia akan belajar berenang dan melompat lebih baik daripada rakannya. Pada suatu hari, katak yang sombong dan rakan-rakannya bermain di tepi kolam. Tiba-tiba datang seekor kerbau untuk minum air di kolam itu. katak-katak itu berasa takut dan terkejut melihat haiwan yang besar itu. Mereka masuk ke dalam kolam dan berenang pulang. katak-katak itu heboh bercerita tentang haiwan yang besar itu. Katak yang sombong berasa tercabar....