Apakah amalan yang perlu anda lakukan untuk komputer anda? Ya! terdapat pelbagai amalan yang berguna dan boleh anda praktikkan. Antaranya adalah:
1. IMBASAN VIRUS
Paling senang dan perlu ada sedikit kerajinan. Jadikan amalan setiap minggu atau selang tiga hari untuk jalankan imbasan anti virus dan anti-spyware pada PC anda. Anda juga perlu pastikan perisian antivirus anda sentiasa dikemaskini untuk medapatkan perlindungan terbaik pada PC anda. Jika anda pengguna Kaspersky, anda bolehlah melihat dan membeli secara online produk ini di www.antivirus365.net. Portal ini adalah khusus untuk pelanggan di negara kita.
2. PERIKSA SERTA-MERTA
Jadikan amalan untuk serta-merta memeriksa emel atau fail yang anda muat turun daripada sebarang virus atau aktiviti yang mencurigakan yang boleh mengancam keselamatan PC anda.
3. KATA LALUAN SELAMAT
Sentiasa tukat kata laluan anda dan pastikan ianya tidak mudah diteka untuk orang lain sahaja dan bukannya diri anda sendiri kalau tidak..masaklah anda untuk mengingati kata laluan tersebut.Paling penting..kata laluan ini khusus untuk PC anda sendiri...jangan buat kata laluan yang sukar pada PC atau notebook HAK KERAJAAN MALAYSIA!!!Nanti menyusahkan orang lain pula..
4. AKSESORI TAMBAHAN
Dapatkan aksesori tambahan seperti kunci komputer riba, dan sebagainya untuk melindungi PC anda daripada kecurian.
5. PENDINGIN KOMPUTER
Dapatkan juga pendingin komputer untuk memastikan ianya sejuk dan mampu beroperasi dengan baik. Tempatkan PC anda di kawasan yang tidak terlalu panas atau mempunyai aliran udara yang baik..( jangan masuk pula dalam peti sejuk..nanti jadi ais krim..hii..hii..)
6. BERSIHKAN PC LUAR DALAM
Bersihkan PC anda luar dan dalam seperti membuang fail-fail yang tidak digunakan, memadam fail sambungan .exe yang mencurigakan, jalankan Disk Cleanup dan Disk Defragmenter secara berkala. Bersihkan PC anda daripada sebarang habuk dan cecair serta bahan yang boleh merosakkan PC anda..
Ha..senangkan..
AMALAN BAIK UNTUK KOMPUTER ANDA
5:30 PM
skrokan
No comments
0 comments:
Post a Comment