Produk Minda Online

Peraturan Perpustakaan

1. Pelajar hanya dibenarkan masuk ke perpustakaan bersama guru ketika waktu belajar.
2. Hanya pelajar yang berpakaian lengkap, berbaju T sekolah dan berpakaian sukan sahaja dibenarkan masuk.
3. Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke dalam perpustakaan.
4. hanya buku catatan dan alat tulis sahaja dibenarkan dibawa masuk.
5. Pelajar dilarang membuat bising dan mengganggu kawan lain ketika berada di dalam perpustakaan.
6. hanya murid yang mempunyai kad pinjaman dibenarkan membuat pinjaman.
7. Urusan meminjam dan memulangkan buku akan diawasi oleh pengawas perpustakaan yang bertugas pada hari berkenaan.
8. Pemilihan buku hendaklah cermat. Jika tidak sesuai letakkan semula di tempat asal.
9. Buku hanya boleh dipinjam dalam tempoh seminggu. Denda sebanyak 10 sen sehari akan dikenakan untuk buku yang lewat dihantar.
10. Buku yang rosak atau hilang akan dikenakan bayaran mengikut harga buku berkenaan.
11. Perpustakaan akan dibuka pada awal pagi sehingga 1 petang untuk urusan pinjaman dan pemulangan buku.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

 
PENAFIAN : Pihak PSS SK Rokan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes