Produk Minda Online

Blog PSS SK Rokan diiktiraf...

Pada 25 November yang lalu Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan Darul Khusus telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN bagi tahun 2009. Dalam majlis ini Blog PSS SK Rokan ini mendapat tempat kedua bagi anugerah blog pss. Tidak sangka juga kerana blog ini dibina hanya setakat suka-suka sahaja, namun itulah rezeki namanya. Lihatlah foto-foto sekitar majlis ini berlangsung.



Admin Blog PSS sedang menerima cenderahati.


Inilah cenderahatinya..

Kempen Galakan Membaca

Sepanjang dua minggu terakhir ini satu kempen membaca telah dijalankan di sekolah. Kempen ini dilakukan pada waktu pagi dari jam 7.40 hingga 8.10 pagi di tapak perhimpunan kedua sekolah ini. Kempen membaca ini dilakukan setiap hari mengikut mata pelajaran.Contohnya Isnin untuk Bahasa Melayu, Selasa untuk Bahasa Inggeris, Rabu untuk Matematik, Khamis untuk Sains dan Jumaat untuk Pendidikan Islam.




Kelihatan Tn. Haji Razali bin Lajis, Guru Cemerlang Agama Islam, memantau bacaan Al Quran yang dibacakan oleh Adik Nurhakim.



Murid-murid lain turut membaca



Cikgu Romiyah pun tidak ketinggalan membaca dengan begitu gembira sekali




Inilah aksi yang sempat dirakamkan. Semoga apa yang dibaca bercambah menjadi ilmu yang berguna kepada para pelajar. Teruskan amalan ini kerana banyak faedahnya.

Pencak Silat

Pencak silat ialah seni mempertahankan diri orang Melayu. pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman dahulu handal dalam pencak silat sebagimana Hang Tuah lima bersaudara. Mereka bersilat dengan menggunakan keris. Pada hari ini, seni pencak silat dipelajari bagi mempertahankan diri. Seni silat ini juga dijadikan persembahan terutamanya pada waktu perkahwinan dan perayaan. Silat juga kini menjadi salah satu acara sukan.

Anyaman

Anyaman terdiri daripada anyaman rotan dan mengkuang. Rotan dianyam untuk dibuat bakul dan raga. Anyaman daripada rotan halus dan menarik. Ini menjadikan anyaman rotan terkenal. Anyaman rotan mahal kerana kesukaran mencari rotan. Daun mengkuang pula dianyam menjadi tikar. Tikar mengkuang tidak begitu digunakan lagi kini. Tikar mengkuang kini menjadi hiasan sahaja. Daun mengkuang juga boleh dianyam menjadi beg, kipas dan lain-lain.

Batik

Batik adalah hasil daripada lukisan corak pada kain putih. Kain batik sungguh cantik kerana terdapat pelbagai corak dan berwarna-warni. pada masa dahulu, batik dibuat secara tradisional. Sehelai kain putih akan dilukis dengan corak-corak berupa tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Sejenis pewarna digunakan untuk membuat corak-corak itu. Canting iaitu sejenis alat mewarna digunakan untuk mewarna corak yang dilukis tadi. Selepas itu, kain itu akan dicelup ke dalam air panas. Akhir sekali kain itu dijemur.



Related Posts with Thumbnails

 
PENAFIAN : Pihak PSS SK Rokan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes