Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke
Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari
Masjidil Haram ke
Masjid Al-Aqsa di
Baitulmuqaddis di
Palestin kini. Arah
kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di
Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di
Madinah,
Madyan dan
Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah
Nabi Adam,
Nabi Musadan
Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman
susu atau
arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke
Sidratul Muntaha dan bertemu dengan
Allah di
Arasy. Di
Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya
Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan
ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53),
Nabi Muhammad didampingi Malaikat
Jibril dan
Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut '
Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam
takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut