Produk Minda Online

Buletin bulan Jan 2011



Kusyuknya membaca!

Pegawai PKG juga turut hadir
Buletin bulan Jan 2011 telah berjaya disiapkan untuk tatapan warga SK Rokan.
Banyak aktiviti yang telah dirakamkan dan telah menjadi kenangan.

Akhbar Dalam Darjah Dan Keberkesanannya

Sebelum bercerita panjang, pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato' Shaziman bin Abu Mansor kerana telah menaja akhbar Utusan Malaysia kepada pelajar Tahun 6. Setiap Rabu, sisipan ADAP yang disediakan oleh guru-guru cemerlang telah digunakan sepenuhnya oleh murid-murid. Banyak ilmu berguna dan soalan berkualiti terkandung dalam sisipan ini. Semoga usaha sebegini diteruskan lagi demi kepentingan anak bangsa.


Begitu tekun sekali para pelajar menjawab soalan UPSR yang terdapat dalam ADAP.

KENALI PERIBAHASA

Pendahuluan:
1. Hampir setiap bangsa mempunyai peribahasa dan peribahasa sesuatu bangsa itu dapat mencerminkan bangsa tersebut.
2. Peribahasa merupakan susunan kata-kata yang teratur, sedap didengar dan cukup bermakna.
3.Peribahasa dibentuk atau dicipta berdasarkan pandangan dan perbandingan yang teliti terhadap alam sekeliling dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat.
4. Oleh sebab peribahasa dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah dan padat, maka melekatlah peribahasa itu di mulut orang ramai turun-temurun.
5. Peribahasa digunakan orang sebagai kiasan, teladan dan pengajaran. Itulah sebabnya peribahasa sering digunakan sebagai hiasan untuk mengindahkan karangan atau ketika memberikan ucapan atau syarahan.
6. Pada umumnya, peribahasa dapat dikatakan berasal daripada tiga sumber seperti yang berikut:
a. masyarakat biasa melalui pengalaman hidupnya.
b. golongan cerdik pandai berdasarkan pemerhatiannya yang tajam terhadap keadaan dan masyarakat sekelilingnya.
c. kitab suci Al-Quran dan kitab-kita agama lain,khususnya Hindu dan Buddha yang pengaruhnya agak meluas dan kukuh di alam Melayu suatu ketika dahulu.

Jenis Peribahasa
1. Peribahasa yang telah tercipta memang banyak.
2. Peribahasa banyak jenisnya antaranya :
a. Simpulan bahasa
b. perumpamaan
c. pepatah
d. bidalan
e. kata-kata hikmat

Simpulan bahasa
Merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata seperti ada hati, cepat tangan, kaki bangku dan sebagainya.

Perumpamaan
Merupakan jenis peribahasa yang maknanya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuk perumpamaan itu. Biasanya didahului dengan kata-kata bagai, laksana, ibarat dan umpama. Contoh perumpamaan bagai aur dengan tebing, ibarat telur di hujung tanduk, umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang dan lain-lain lagi.

Pepatah
Merupakan peribahasa berangkap serta terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan, falsafah, atau pengajaran yang ingin disampaikan. Contohnya berat sama dipikul; ringan sama dijinjing, hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah dan sebagainya.

Bidalan
Bidalan adalah sejenis peribahasa yang mempunyai maksud tersirat disebalik susunan kata-kata yang membentuknya. Bidalan tidak mengandung sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan. Contoh bidalan adalah ada gula, ada semut, air dicincang tidak akan putus dan lain-lain.

Kata-kata Hikmat
Merupakan peribahasa yang biasanya terbit daripada ayat-ayat suci dalam kitab-kitab atau daripada percakapan serta penulisan seseorang yang dihormati dan terbilang. Kata-kata tersebut berisi falsafah atau pengajaran yang berguna sebagai panduan hidup. Contohnya bahasa jiwa bangsa, masa itu ibarat emas dan sebagainya.





Lima Adab Terhadap Buku

1. Membeli buku dengan niat yang ikhlas
*Kita perlu mempunyai niat yang betul dan ikhlas sewaktu membeli buku. Tetapkan dalam hati bahawa buku itu memberi manfaat kepada anda dan orang lain. Jangan membeli buku secara terpaksa kerana ilmu sukar diperolehi kerana niat yang tidak ikhlas.

2. Buku bukan sekadar pameran
*Janganlah membeli buku semata-mata untuk menunjuk-nunjuk atau mahu melengkapkan rak semata-mata. Pastikan buku yang dibeli mampu memberi sesuatu ilmu berguna kepada anda.

3. Menjaga buku dengan baik
*Jagalah buku dengan baik kerana buku merupakan benda yang lekas rosak. Simpanlah ditempat yang selamat.

4. Kongsikan ilmu yang terdapat dalam buku
*Kongsikanlah ilmu yang ada dapat daripada bahan bacaan anda. Ini kerana perbuatan sebegini sangat mulia.

5. Elakkan membeli buku yang tidak berfaedah
* Pilih buku yanmg benar-benar perlu dan penting. Membeli buku yang tidak berfaedah, tidak dapat menambah ilmu kita malahan juga turut membazirkan wang anda.

Pusat Sumber Semakin Berseri

Salam..post kali ini memaparkan beberapa perubahan ketara Pusat Sumber Sekolah kita ini. Jika dulu admin pernah beritahu bahawa pusat sumber sekolah telah berpindah, kini admin ingin memaparkan perubahan yang telah dilakukan. Inilah berkat kerjasama para guru, pelajar dan juga pekerja sekolah. Memang payah nak jumpa kerjasama yang erat sebegini. Inilah sebenarnya keistimewaan SK. Rokan yang payah nak dijumpai dimana-mana. Kami memang sepakat. Namun pujian yang lebih patut diberi kepada orang kuat Pusat Sumber Sekolah, siapa lagi kalau bukan Cikgu Norfadhillah, Cikgu Norhayati, Cikgu Norazlin dan yang lain. Teruskan usaha anda untuk menceriakan lagi pusat sumber sekolah kita.










Related Posts with Thumbnails

 
PENAFIAN : Pihak PSS SK Rokan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes