Produk Minda Online

Lima Adab Terhadap Buku

1. Membeli buku dengan niat yang ikhlas
*Kita perlu mempunyai niat yang betul dan ikhlas sewaktu membeli buku. Tetapkan dalam hati bahawa buku itu memberi manfaat kepada anda dan orang lain. Jangan membeli buku secara terpaksa kerana ilmu sukar diperolehi kerana niat yang tidak ikhlas.

2. Buku bukan sekadar pameran
*Janganlah membeli buku semata-mata untuk menunjuk-nunjuk atau mahu melengkapkan rak semata-mata. Pastikan buku yang dibeli mampu memberi sesuatu ilmu berguna kepada anda.

3. Menjaga buku dengan baik
*Jagalah buku dengan baik kerana buku merupakan benda yang lekas rosak. Simpanlah ditempat yang selamat.

4. Kongsikan ilmu yang terdapat dalam buku
*Kongsikanlah ilmu yang ada dapat daripada bahan bacaan anda. Ini kerana perbuatan sebegini sangat mulia.

5. Elakkan membeli buku yang tidak berfaedah
* Pilih buku yanmg benar-benar perlu dan penting. Membeli buku yang tidak berfaedah, tidak dapat menambah ilmu kita malahan juga turut membazirkan wang anda.

Pusat Sumber Semakin Berseri

Salam..post kali ini memaparkan beberapa perubahan ketara Pusat Sumber Sekolah kita ini. Jika dulu admin pernah beritahu bahawa pusat sumber sekolah telah berpindah, kini admin ingin memaparkan perubahan yang telah dilakukan. Inilah berkat kerjasama para guru, pelajar dan juga pekerja sekolah. Memang payah nak jumpa kerjasama yang erat sebegini. Inilah sebenarnya keistimewaan SK. Rokan yang payah nak dijumpai dimana-mana. Kami memang sepakat. Namun pujian yang lebih patut diberi kepada orang kuat Pusat Sumber Sekolah, siapa lagi kalau bukan Cikgu Norfadhillah, Cikgu Norhayati, Cikgu Norazlin dan yang lain. Teruskan usaha anda untuk menceriakan lagi pusat sumber sekolah kita.










Kreativiti Murid





Inilah beberapa paparan yang sempat dimasukkan ke blog PSS ni. Ini adalah hasil usaha pelajar Tahun Lima. Mereka mengabungkan dua projek iaitu projek bagi mata pelajaran Sivik dan Seni.
tak sangaka bahawa daya kreativiti mereka sungguh luar biasa kerana apabila digabungkan maka wujudlah bandar maya ini. bandar yang serba moden namun masih menyimpan ciri-ciri tradisional. Syabas diucapkan kepada para pelajar.

Kuda Kepang


Penari-penari kuda kepang menggunakan patung kuda dan berlagak seperti menunggang kuda. Mereka menari dalam satu kumpulan. Setiap penari menunggang patung kuda. Tarian ini diiringi muzik.
Kuda kepang berasal daripada tarian yang menggunakan kuda sebenar pada suatu masa dahulu. Pada masa itu, pendakwah hendak menyebarkan agama Islam menggunakan kaedah ini. Kumpulan itu menari-nari sambil menunggang kuda untuk menarik perhatian orang kampung. Lama-kelamaan kuda yang sebenar ditukar kepada patung kuda yang dinamakan kuda kepang.

Makyung


Salam,

Lamanya blog PSS ni tidak diupdate..mungkin para pembaca dah naik bosan..hi..hi..hi

Baiklah kali ini saya berikan artikel ringkas tentang Makyung..


Makyung adalah sebuah drama tari iaitu drama yang diselangi dengan tarian dan nyanyian. Penari-penari makyung terdiri daripada gadis-gadis. Mereka diketui seorang ketua. Penari-penari ini duduk di sekeliling pentas ketika pakyung melakonkan cerita.

Apabila sampai masa menari dan menyanyi, ketua dan penari-penari itu bangun menari dan menyanyi. Nyanyian dan tarian ini diiringi muzik yang dimainkan oleh sekumpulan orang lelaki.

Tarian dan nyanyian ini diselangi pula dengan lawak jenaka. Lawak jenaka ini dilakonkan oleh dua orang lelaki.



Related Posts with Thumbnails

 
PENAFIAN : Pihak PSS SK Rokan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes