Produk Minda Online

Kuda Kepang


Penari-penari kuda kepang menggunakan patung kuda dan berlagak seperti menunggang kuda. Mereka menari dalam satu kumpulan. Setiap penari menunggang patung kuda. Tarian ini diiringi muzik.
Kuda kepang berasal daripada tarian yang menggunakan kuda sebenar pada suatu masa dahulu. Pada masa itu, pendakwah hendak menyebarkan agama Islam menggunakan kaedah ini. Kumpulan itu menari-nari sambil menunggang kuda untuk menarik perhatian orang kampung. Lama-kelamaan kuda yang sebenar ditukar kepada patung kuda yang dinamakan kuda kepang.

Makyung


Salam,

Lamanya blog PSS ni tidak diupdate..mungkin para pembaca dah naik bosan..hi..hi..hi

Baiklah kali ini saya berikan artikel ringkas tentang Makyung..


Makyung adalah sebuah drama tari iaitu drama yang diselangi dengan tarian dan nyanyian. Penari-penari makyung terdiri daripada gadis-gadis. Mereka diketui seorang ketua. Penari-penari ini duduk di sekeliling pentas ketika pakyung melakonkan cerita.

Apabila sampai masa menari dan menyanyi, ketua dan penari-penari itu bangun menari dan menyanyi. Nyanyian dan tarian ini diiringi muzik yang dimainkan oleh sekumpulan orang lelaki.

Tarian dan nyanyian ini diselangi pula dengan lawak jenaka. Lawak jenaka ini dilakonkan oleh dua orang lelaki.



Makmal Komputer Diceroboh?

Petang tadi..admin sempat ke sekolah kerana aktiviti kokurikulum. Tergerak hati admin untuk ke makmal komputer yang cantik ni...tapi alangkah terkejutnya apabila melihat CPU berselerak. Kesemua CPU ini bukan sahaja berselerak, bahkan juga sudah terkopak. Adakah mereka cuma mengambil "organ-organ" dalaman CPU?
Semasa admin meneruskan langkah bagi melihat komputer-komputer yang lain, admin terserempak dengan tiga orang pemuda yang admin tahu bukannya warga sekolah ini. Rupa-rupanya mereka adalah juruteknik yang ditugaskan untuk menaiktaraf kesemua komputer yang terdapat di dalam makmal komputer ini. Diharapkan agar selepas ini tiadalah masalah 'slow' pada komputer yang menyebabkan ramai yang bosan untuk menggunakannya.





Inilah Shahrul Nizam yang tekun berkerja.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Anugerah NILAM

Pada tahun ini pihak sekolah dengan kerjasama PSS telah melancarkan satu program NILAM Bahasa Inggeris. Setiap pelajar dikehendaki membaca sekurang-kurangnya 10 buah buku Inggeris setiap bulan. Hal ini salah satu strategi pihak sekolah untuk memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris para pelajar. Diharapkan dengan projek ini maka pihak sekolah dapat melahirkan pelajar yang mampu dan mahir dalam Bahasa Inggeris




Antara pelajar yang diberikan sijil penghargaan atas pencapaian NILAM ini.

Tips Cegah Keracunan Makanan

Kali ini mari kita lihat tips terbaik untuk mencegah daripada keracunan makanan sewaktu ada berada di rumah.

1. Basuh tangan setiap kali anda menggunakan tandas atau sebelum dan selepas anda mengendali atau menyediakan makanan.

2. Bersihkan alatan memasak menggunakan air panas dan sabun.

3. Apabila menyimpan makanan, asingkan makanan mengikut kategori seperti makanan basah, makanan bercengkerang, makanan kering dan sebagainya.

4. Masak makanan pada suhu yang betul dan selamat. Biasanya pada suhu 630c hingga 740 c. Ini bertujuan supaya semua organisma yang boleh menjejaskan kesihatan terbunuh.

5. Sejukkan makanan yang mudah rosak selama lebih kurang dua jam.

6. Mencairbekukan makanan dengan kaedah yang betul. kaedah terbaik dengan menggunakan peti sejuk atau ketuhar mikro.

7. Buangkan sahaja makanan yang anda ragui tahap kebersihan dan keselamatannya terutamanya makanan yang sudah lama terdedah pada suhu bilik.

Related Posts with Thumbnails

 
PENAFIAN : Pihak PSS SK Rokan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes