Produk Minda Online

Wau


Wau atau layang-layang dibuat daripada buluh dan kertas. Pada mulanya buluh dijadikan bilah-bilah yang kecil. Kemudian, bilah-bilah itu diraut menjadi licin. Apabila semuanya sudah siap, rangka wau dibentuk. Kertas minyak ditampal pada rangka itu. Ada dua jenis wau yang utama iaitu wau cantik dan wau naik. wau cantik dihias dengan pelbagai hiasan supaya kelihatan cantik. Wau naik dibuat ringkas supaya ringan untuk dilayangkan di udara.



Majlis Penyampaian Hadiah

Pada 5 Oktober yang lalu satu majlis penyampaian hadiah yang serba ringkas telah diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang telah memasuki beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak pss sekolah. Apa yang lebih mengujakan apabila aktiviti ini merupakan aktiviti yang julung kalinya disertai oleh Tuan Guru Besar yang baharu kami iaitu Tn. Haji Norizan bin Pilus yang menggantikan Guru Besar terdahulu iaitu En. Mohd. Razali bin Buang. Antara hadiah yang disampaikan adalah hadiah bagi pertandingan melukis dan mewarnakan poster, buku skrap dan juga peminjam terbanyak. Diharapkan agar aktiviti yang dilakukan oleh pihak pss ini mampu menarik minat lebih ramai pelajar supaya turut melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang bukan sahaja dianjurkan oleh pihak pss tetapi oleh pihak sekolah sendiri...

Kelihatan Tn. Haji Norizan yang segak bergaya ini telah bersedia untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang yang diumumkan oleh GPM kita Pn. Norfadhillah







Helang dan Musang

Pada suatu masa dahulu, helang dan musang bersahabat baik. Mereka hidup gembira dan saling membantu. musang tinggal di dalam belukar, manakala helang pula membuat sarang di atas sepohon pokok di tepi belukar itu.
Pada suatu hari, musang dan helang keluar mencari makan. Ketika musang berada jauh dari rumahnya, helang pun pergi ke tempat anak musang yang sedang tidur. Ia menyambar anak musang lalu dibawa ke sarangnya. Helang pun memberi anak-anaknya makan ank musang itu.
Tidak berapa lama kemudian, musang pun pulang. Musang berasa hairan kerana helang tidak berada di sarangnya. Musang juga hairan kerana anaknya telah tiada. Barulah musang faham bahawa anaknya telahy dimakan oleh helang.
Musang berasa sungguh kecewa dengan sikap sahabatnya, helang. Musang berasa sungguh marah kerana helang snaggup memakan anknya. Lalu musang pun pergi mencari helang tetapi tidak berjumpa. Musang menunggu sehingga helang pulang. Apabila helang pulang, musang terus memarahinya.
" Aku akan balas peruatan jahat kamu helang!" kata musang dengan marah.
" Kamu tidak boleh berbuat apa-apa kepada aku kerana kamu tidak boleh terbang," kata helang.
Sejak kejadian itu, musang dan helang tidak lagi bersahabat. Mereka kini telah menjadi musuh. Pada suatu hari, helang membawa pulang daging kambing dan unggun api. Ketika memberi anak-anaknya makan, angin bertiup kencang. Puntung api itu menyala lalu membakar sarang helang. Helang tidak dapat berbuat apa-apa kerana api membakar dengan cepat. Seluruh sarangnya terbakar menyebabkan anak-anaknya jatuh ke tanah. Helang cuba menyelamatkan anaknya, namun musang yang telah menunggu di bawah pokok itu terus makan anak-anak helang. Helang berasa sedih melihat musang memakan anak-anaknya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Assalamualaikum, Kami seluruh warga PSS SK Rokan, mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca blog ini. Di sini kami mengambil kesempatan untuk memohon ampun maaf atas segala salah silap kami selama ini. Marilah kita sama-sama saling bermaafan. Semoga dengan kemenangan mengharungi Ramadan dapat kita terjemahkan dalam kehidupan seharian kita. Berhati-hati sewaktu beraya.......

Pertandingan Mewarna

Baru-baru ni PSS SK Rokan telah mengadakan aktiviti mewarna bagi kempen membaca. Pertandingan mewarna ini terbahagi kepada dua kategori iaitu bagi Tahap 1 dan Tahap 2. Inilah foto-foto yang sempat dirakamkan untuk tatapan anda.







Pakai topeng muka lagi..Si Hafizi nii...




Aksi pelajar Tahap 1

Inilah hasil mereka..cantikkan!!!!







Related Posts with Thumbnails

 
PENAFIAN : Pihak PSS SK Rokan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes