Produk Minda Online

Lagu Tema Hari Guru 2009

Guru Pembina Negara Bangsa


Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demimu ibu pertiwi
Sumpahku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru pembina negara bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru pembina negara bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


DOWNLOAD LAGU TEMA

MUZIK + VOKAL


MINUS ONE

Jawatankuasa PSS

Jawatankuasa Induk PSS

Peraturan Perpustakaan

1. Pelajar hanya dibenarkan masuk ke perpustakaan bersama guru ketika waktu belajar.
2. Hanya pelajar yang berpakaian lengkap, berbaju T sekolah dan berpakaian sukan sahaja dibenarkan masuk.
3. Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke dalam perpustakaan.
4. hanya buku catatan dan alat tulis sahaja dibenarkan dibawa masuk.
5. Pelajar dilarang membuat bising dan mengganggu kawan lain ketika berada di dalam perpustakaan.
6. hanya murid yang mempunyai kad pinjaman dibenarkan membuat pinjaman.
7. Urusan meminjam dan memulangkan buku akan diawasi oleh pengawas perpustakaan yang bertugas pada hari berkenaan.
8. Pemilihan buku hendaklah cermat. Jika tidak sesuai letakkan semula di tempat asal.
9. Buku hanya boleh dipinjam dalam tempoh seminggu. Denda sebanyak 10 sen sehari akan dikenakan untuk buku yang lewat dihantar.
10. Buku yang rosak atau hilang akan dikenakan bayaran mengikut harga buku berkenaan.
11. Perpustakaan akan dibuka pada awal pagi sehingga 1 petang untuk urusan pinjaman dan pemulangan buku.

Matlamat PSS

1. MEMBANTU MENINGKATKAN PRESTASI P&P SERTA PRESTASI AKADEMIK PELAJAR.
2. MENGGALAKKAN GURU DAN PELAJAR MENGGUNAKAN PELBAGAI KEMUDAHAN P&P YANG TERKINI.
3. MEMBANTU GURU DAN PELAJAR DALAM USAHA MENGHASILKAN, MEREKACIPTA DAN MENILAI PELBAGAI ALAT DAN BAHAN P&P YANG MENGINTERGRASIKAN BBM DAN KBKK.
4. MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN YANG SESUAI UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN PEMBELAJARAN YANG BERBEZA DI KALANGAN PELAJAR.

Webmaster

aku

Nama saya Ahmad Nizam bin Dzulkifli. Saya merupakan Guru ICT sekolah. Sudah lama saya terlibat dalam aktiviti blogging ni. Tahukah anda blog boleh menghasilkan pendapatan sampingan?
Berminat? Jumpa saya di BLOG saya.

MISI PSS

MEMANTAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MENGISI WAWASAN PENDIDIKAN BAGI MENCAPAI HASRAT WAWASAN 2020

Visi PSS

MENJADIKAN SEKOLAH SEBUAH INSTITUSI KECEMERLANGAN DALAM ASPEK KURIKULUM, KOKURIKULUM, DAN SAHSIAH BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Related Posts with Thumbnails

 
PENAFIAN : Pihak PSS SK Rokan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes